Wednesday 2 May 2012

Faedah belajar secara berkumpulan

Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka . Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid sekolah pada masa sekarang ialah belajar dalam berkumpulan. Apabila ditanya tentang belajar secara berkumpulan, ramai orang mengatakan bahawa ia dilaksanakan bersama rakan-rakan. Terdapat juga yang mengatakan bahawa belajar secara berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Pada pendapat saya, ini merupakan tanggapan yang salah.Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Itulah sebab perkongsian pendapat dilakukan, supaya mereka dapat memilih jawapan yang paling sesuai. Dengan itu, murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan.Selain itu, dengan belajar secara berkumpulan, ahli kumpulan tersebut haruslah mempunyai adab dan disiplin diri yang tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang akan mempunyai pandangan yang berlainan dan jika ahli-ahli dalam kumpulan tersebut tidak berdisiplin, mereka tidak akan dapat mengemukakan idea dengan teratur dan mereka pasti tidak akan dapat bersedia untuk berbeza pendapat dan ini akan menuju kepada perselisihan faham antara ahli-ahli dalam kumpulan tersebut.            Kita juga boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan. Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama lain, dan seseorang daripada  kumpulan itu menjemput seorang yang baru dan tidak dikenali, mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli yang baru itu tidak terasa janggal            Seterusnya, apabila belajar secara berkumpulan, biasanya setiap kumpulan akan mempunyai sekurang-kurangnya lima hingga enam orang ahli dan sekiranya dua orang daripada kumpulan itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, itu tidak akan menjadi suatu masalah kerana masih terdapat empat orang ahli yang boleh bekerjasama untuk membincang dan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan.            Tambahan pula, belajar dalam kumpulan juga boleh mengurangkan perbelanjaan. Ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah-payah dan membazir duit untuk membeli buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli kumpulan.            Secara luaran dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Secara ringkasnya, belajar secara berkumpulan banyak membantu jika dilaksanakan dengan betul.
writed by nurfazlis eliysa bt ahmad faizul

No comments:

Post a Comment