Wednesday 13 June 2012

Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan

p;Marilah kita berukhwah dan berkawan kerana Tuhan Hingga kita jadi jemaah Tuhan sekelian alam Jika kita berkawan kerana Tuhan,kita tidak kan berlaku perpisahan Mesti kita berkawan sampai penghujung perjuangan Kalau kita berkawan kerana Tuhan kalaupun ada perbalahan tidak akan berpanjangan Perbalahan dan krisis mudah diselesaikan Biasalah manusia hamba Tuhan sedikit-sedikit membuat salah dan kesilapan Tapi mudah selesai dan mudah dihilangkan Kalau kita berkawan di dalam perjuangan bukan kerana TuhanBukan kerana takutkan dan cintakan Tuhanperbalahan mudah datangHendak menyelesaikan pula selalunya berpanjanganTuhan adalah pengikat ukhwah dan perpaduanTuhan adalah anak kunci kesatuan dan kekuatanWang, harta, pangkat, nama, dan jawatan selalunya mendatangkan perbalahanOleh itu janganlah diharapkan selfain Tuhanboleh berpadu dan menjadi kekuatanSelalunya kerana wang, harta, pangkat dan lain-lainnyaselalu sahaja membawa perselisihanPerselisihan membawa renggang kasih sayangApabila renggang kasih  sayangpecahlah perpaduan dan kesatuanDi waktu itu umat Islam akan lemah, musuh pun mudah menghancurkan Ingatan ini hendaklah diambil perhatian Kekuatan umat Islam berkawan, berjemaah adalah takut dan cintakan Tuhan Janganlah cari kekuatan selain Tuhan Bahkan selain Tuhan telah dikatakan sebelum ini ia selalu sahaja membawa perpecahanOleh itu marilah kita perjuangkan Tuhan Buatmu insan tersayang…Terima kasih ku ucapkan,Sesngguhnya tiada lain di hati ini Angin teluk menyisir pantai       Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakai       Asal pandai mengambil hati Marilah kita berkawan dan berjemaah, bersama Tuhan kita berkawanItulah dia kekuatan umat Islam sepanjang zamanJanganlah kita was-was dan janganlah kita dikelirukanSeluruh kehidupan kita Tuhan mestilah dibawa bersama berkawanTuhan adalah sahabat setia kita sepanjang zamanSahabat yang mengawal kita dan menjaga kita di dalam keadaan apa punTapi umat Islam hari ini seluruh dunia Tuhan telah ditinggalkanUmat Islam terdedah kepada kejahatan musuhnyaSedangkan musuhnya ada kekuatan lahir yang kuatPadahal umat Islam kekuatan material pun tidak ada,Tuhan pun ditinggalkanKedua-dua kekuatan sudah tidak.

No comments:

Post a Comment