Friday 20 July 2012

karangan 3 jenis senamam yang perlu tahu


Bercakap tentang senaman, pastinya ramai tau bersenam tu ”melompat – lompat, goyang-goyang punggung, pegang tubuh sampai keluarkan peluh’‘ dan pelbagai lagi gerakan yang muncul dalam kepala anda.

Hari ini, saya nak berkongsi beberapa jenis senaman dan fungsi senaman ini pada kita. Bukan apa kalau dulu saya sendiri pun ”kalau orang angkat kaki, saya pun angkat laa juga tapi  tak tahu untuk apa”.Hahaha!

Senaman Ketahanan seperti seperti berjoging, berenang dan berjalan kaki disarankan kerana senaman ini bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga.

Senaman Keseimbangan pula adalah senaman seperti tekan tubi dan mampu menguatkan otot kaki serta memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi. Manakala Senaman Fleksibiliti pula adalah senaman regangan badan. Kalau sendi anda bermasalah, senaman ini sangat sesuai dan contoh senaman fleksibiliti adalah seperti yoga dan aerobik.

Last sekali, senaman kekuatan bagi mendapatkan lebih stamina untuk membina otot dan membuat kerja. Sebenarnya senaman kekuatan ini membantu meningkatkan kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Senaman ini sangat penting terutama pada mereka yang mengalami masalah lemak yang degil dan mengurangkan risiko asteoporosis.

Ditulis oleh Nur Syazwani Bt Aziz

No comments:

Post a Comment