Friday 23 March 2012

Pantun Empat Kerat ( Berjimat Cermat )

Pergi ke belukar memasang pikat ,
    Pulangnya lewat di hujung petang ;
Jikalau sentiasa berjimat cermat ,
    Rezeki secupak terasa segantung .

Indah nian pemandangan dunia , 
    Dari timur hingga selatan ;
Sikap berjimat amalan mulia ,
    Orang boros sahabat syaitan .

Masak meranum buah ara ,
    Jatuh sebiji di atas papan ;
Jika berjimat setiap perkara ,
    Pasti terjamin masa hadapan .

Sungguh pahit buah peria ,
    Dimakan jua dibuat sayuran ;
Membesar belanja sikap sesia ,
    Hanya menambah beben kewangan .

Singgah berehat di Kota Lama , 
    Kuih dijamah air dihirup ;
Berjimat cermat suruhan agama ,
    Jika diamal sejahteralah hidup .

Inderagiri pasirnya lumat ,
   Tempat berkelah putera raja ;
Baik sedikit tetapi berjimat ,
   Daripadfa banyak membazir sahaja . 

Turun ke ladang memetik kacang ,
   Hendak dibuat masak lemak ;
Segala urusan jika terancang , 
   Sikap membazir pasti terelak .


'Zailiani Taslim'

Write by Fatin Shahira Bt. Zulkifli 

No comments:

Post a Comment