Friday 23 March 2012

Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah

Ada kepada suatu hari ,
Sakit saudagar laki isteri ,
Adalah kiranya tujuh hari ,
Tidak bergerak kanan dan kiri .


Saudagar tahu akan dirinya ,
Hampirlah mati kepada rasanya ,
Lalulah memanggil akan anaknya ,
Dicium kepala dengan tangisnya .


Katanya wahai cahaya mataku ,
Tinggallah tuan buah hatiku ,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku .

Serta harta aku tinggalkan ,
Tuan seorang yang menyukakan ,
Sampai habis semua diterimakan ,
Faedahnya akan diberikan .

Jikalau tidak anakku berakal ,
Harta pusaka di manakan kekal ,
Habis harta badan tinggal ,
Laksana perahu bersauh tunggal .

Kerana harta tiada berguna ,
Jikalau tidak akan sempurna ,
Sekalian itu habislah fana ,
Hanyalah tinggal badan merana .

Budi dan bahasa janganlah lupa ,
Muliakan olehmu ibu dan bapa ,
Mana yang datang padamu berjumpa ,
Janganlah lambat tuan menyapa .

Kerana adat orang berbeza ,
Tiada memandang harta dan benda ,
Tegur dan sapa itu yang ada ,
Itulah penambah di dalamnya dada .


'Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari'

Write by Fatin Shahira Bt. Zulkifli



No comments:

Post a Comment