Wednesday 5 September 2012

BUDI(pantun)

BUDI
Anak itik matinya lemas,Makan lenggudi Bukit Askin,Hilanglah bahasa kerana emas,Tak tampak budi kerana miskin.Saya tidak menanam nenas,Tanam kepaya di dalam padi,Saya tidak memandang emas,Budi bahasa yang saya cari.Perigi dikatakan telaga,Tempat budak berulang mandi,Emas merah ada berharga,Budi bahasa bernilai abadi.Pucuk nipah kelibatan,Terletak mari di tepi pantai,Biarlah rosak dalam lipatan,Jangan rosak kena pakai.Perahu lancang dari Patani, Naik ke darat membeli kain,Buah macang serupa kuini,Rupanya sama rasanya lain.
 DITULIS OLEH NUR UMAIRAH AZHAR


No comments:

Post a Comment